Selasa, 2 Disember 2008

Breast not Bombs Kuala Lumpur dilancarkan



Saya Syukree menjemput kawan-kawan menyertai kolektif anti perang yang dinamakan Breast Not Bombs Kuala Lumpur (BNBKL).

BNBKL adalah kolektif yang ditubuhkan diatas kesedaran memberi maklumat berkenaan anti perang dengan bersama-sama kumpulan anti perang lain dalam beraktiviti.

Kami cuba untuk mempraktik teori indah kolektif yang mungkin gagal diterjemah dalam kehidupan terutama di Malaysia.

Antaranya ialah kolektif bukan hak milik sesiapa, kolektif tidak melarang perbezaan pendapat, kolektif menerima siapa sahaja samaada Islam atau bukan Islam, ada agama atau tidak, awek atau maknyah, lelaki atau perempuan, cantik atau buruk, putih atau hitam, rasis atau fasis kerana setiapa orang ada potensi untuk berubah.

BNBKL tidak perlu 'space' atau 'makanan daripada tong sampah' atau rumah sewa yang guna duit orang ramai sepakai pendahuluan, tidak perlu 'true revolutionary dll.

BNBKL memerlukan amanah dan kejujuran sahaja.

Siapa sahaja dijemput, setiap keputusan akan ditentukan secara kolektif, demokrasi langsung bukan majoriti atau diktaktor dan konsensis.

Selamat berdemostrasi, jika anda berminat boleh sertai kami pada 14 Disember 2008 di Jalan Gereja jam 6.00. BNBKL akan mengadakan demo separuh bogel, yang beragama Islam hanya lelaki dibenarkan dan jangan nampak pusat.

Jika anda berani, datanglah. Bukan hanya berselindung disebalik 'fatwa'.

Tiada ulasan: