Ahad, 14 Disember 2008
Event pertama BNBKL
Tarikh : 14 Disember 2008
Masa : 6.00 - 7.00 pm
Tempat : Jalan Gereja, KL
Ia harus bermula daripada seorang dan akan berkembang menjadi ramai. Lihatlah Fight Club, daripada seorang ia menjadi ramai dan berjaya meletupkan bangunan.
Jumaat, 12 Disember 2008
Demo Breast Not Bombs di KL hari ini
Selamat? Tengok seorang yang mengadakan demo 'berkam' tanpa memakai baju.
Dirakam di kawasan Masjid Negara selepas solat jumaat tadik.
Polis tidak tangkap pun.
Oleh itu, demo bnbkl ahad ini adalah selamat.
Apa nak takut? Fatwa pun belum keluar beb. Marilah.
Mangsa Mumbai adalah tidak berdosa.
Rabu, 10 Disember 2008
Demo Separuh Bogel Pertama di Malaysia
Demo 'anti perang @ mengutuk tragedi mumbai' separuh bogel
Ahad, 14 Disember 2008, 6.00 pm
Jalan Gereja, (berhampiran Telekom dan Gereja)
Hadir beramai-ramai
[Demo ini terbuka kepada semua, peserta demo diharap bersedia untuk buka baju, bahan-bahan demo sila bawa sendiri kerana Breast Not Bombs tidak mengutip derma untuk melakukan protes]
Selasa, 2 Disember 2008
Breast not Bombs Kuala Lumpur dilancarkan
Saya Syukree menjemput kawan-kawan menyertai kolektif anti perang yang dinamakan Breast Not Bombs Kuala Lumpur (BNBKL).
BNBKL adalah kolektif yang ditubuhkan diatas kesedaran memberi maklumat berkenaan anti perang dengan bersama-sama kumpulan anti perang lain dalam beraktiviti.
Kami cuba untuk mempraktik teori indah kolektif yang mungkin gagal diterjemah dalam kehidupan terutama di Malaysia.
Antaranya ialah kolektif bukan hak milik sesiapa, kolektif tidak melarang perbezaan pendapat, kolektif menerima siapa sahaja samaada Islam atau bukan Islam, ada agama atau tidak, awek atau maknyah, lelaki atau perempuan, cantik atau buruk, putih atau hitam, rasis atau fasis kerana setiapa orang ada potensi untuk berubah.
BNBKL tidak perlu 'space' atau 'makanan daripada tong sampah' atau rumah sewa yang guna duit orang ramai sepakai pendahuluan, tidak perlu 'true revolutionary dll.
BNBKL memerlukan amanah dan kejujuran sahaja.
Siapa sahaja dijemput, setiap keputusan akan ditentukan secara kolektif, demokrasi langsung bukan majoriti atau diktaktor dan konsensis.
Selamat berdemostrasi, jika anda berminat boleh sertai kami pada 14 Disember 2008 di Jalan Gereja jam 6.00. BNBKL akan mengadakan demo separuh bogel, yang beragama Islam hanya lelaki dibenarkan dan jangan nampak pusat.
Jika anda berani, datanglah. Bukan hanya berselindung disebalik 'fatwa'.
Langgan:
Catatan (Atom)